Para petaruh di seluruh dunia membuat taruhan seorang bayi perempuan dengan nama 'Alexandra' akan dilahirkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Dan, dengan pemain bola sepak David Beckham secara berseloroh berkata bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu seharusnya diberi nama beliau, keinginan ramai bertaruh bagi setiap butir mengenai kelahiran yang dinanti-nantikan itu akan bertambah setiap hari selagi bayi tersebut belum dilahirkan.
Para 'bookie' berkata taruhan bagi nama, jantina dan tarikh kelahiran bayi sulung Duke dan Duchess Cambridge itu mencatatkan rekod - bernilai lebih £1 juta ($1.9 juta) sejauh ini.
"Ia adalah pasaran novelti terbesar yang pernah kami lihat," kata Encik Gary Burton dari firma pertaruhan Britain, Coral, kepada agensi berita AFP, awal semalam.
Coral sendiri menerima taruhan bagi bayi diraja itu, yang bernilai melebihi £500,000, tambahnya.
Firma penerima taruhan, William Hill, berkata ia telah menerima taruhan £100,000 daripada petaruh dari 100 negara.
Taruhan itu termasuk taruhan besar £1,000 daripada seorang petaruh Austria minggu lalu, yang bertaruh bahawa pasangan diraja itu akan mendapat bayi lelaki.
Bagaimanapun, ramai yang meramalkan bahawa pasangan tersebut akan mendapat bayi perempuan
No comments:
Post a Comment