UMUMKAN KELAHIRAN BAYI DIRAJA:
Orang ramai berpusu-pusu untuk mengambil gambar notis yang diletakkan di
kuda-kuda keemasan bagi mengumumkan kelahiran putera kepada Putera
William dan Duchess of Cambridge, Cik Catherine, di laman Istana
Buckingham, London kelmarin.
24 Jul 2013
Anak bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain
LONDON:
Isteri Putera William, Cik Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate,
telah melahirkan seorang putera pada 4.24 petang (11.24 malam waktu
Singapura) kelmarin.
Kelahiran bayi pasangan diraja itu memulakan sambutan di London dan ucapan tahniah dari seluruh dunia.
"Kami tidak dapat rasa lebih bahagia," kata Putera William dalam kenyataan ringkas setelah menyaksikan kelahiran puteranya.
Pasangan diraja Britain itu tiba di hospital sejurus sebelum 6 pagi kelmarin dan memasuki bangunan hospital melalui pintu belakang bagi mengelakkan media Britain dan antarabangsa yang telah berkhemah di luar pintu utama hospital selama beberapa hari.
Pejabat Putera William menyatakan Kate dan bayi mereka, yang lahir dengan berat 8 paun dan 6 auns (3.8 kilogram), dalam keadaan baik dan akan tinggal di hospital semalaman.
Putera William telah menghubungi nendanya, Ratu Elizabeth II; ayahnya, Putera Charles; dan adiknya, Putera Harry. Mereka semua dilaporkan gembira dengan kelahiran itu.
Bayi yang bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain itu - selepas nendanya, Putera Charles dan ayahnya, Putera William - akan diberikan nama secara rasmi kemudian.
Pengumuman nama Putera William sendiri mengambil masa lebih seminggu, tetapi penerima taruhan telah meletakkan nama George sebagai pilihan utama, disusuli James untuk nama anak Putera William itu.
Pengumuman kelahiran cicit ketiga Ratu Elizabeth II itu disambut dengan sorakan daripada orang ramai dan pihak media yang berkumpul di luar Hospital St. Mary's di barat London, tempat bayi itu dilahirkan dan ayahnya Putera William dilahirkan pada tahun 1982 oleh mendiang Puteri Diana.
"Ia merupakan saat yang sangat istimewa bagi William dan Catherine dan kami sangat gembira atas kelahiran bayi lelaki mereka," kata Putera Charles, pewaris takhta kerajaan Britain.
Selang beberapa minit pengumuman rasmi tentang kelahiran bayi diraja itu dibuat, ucapan tahniah mula membanjiri pasangan yang juga dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge itu.
"Seluruh negara akan meraikannya. Mereka akan menjadi ibu bapa yang baik," kata Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron.
Lebih banyak sambutan dijangka diadakan hari ini, termasuk tembak hormat oleh pasukan meriam diraja.
Orang ramai berkumpul di luar Istana Buckingham, di mana notis rasmi tentang kelahiran itu diletakkan di kuda-kuda keemasan di pintu utama istana.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, merupakan antara pemimpin dunia pertama meraikan kelahiran itu.
"Michelle dan saya gembira menyampaikan ucapan tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge di atas kelahiran bayi pertama mereka.
"Kami mengucapkan segala kebahagian dan rahmat yang dibawa sedang mereka menjadi ibu bapa," katanya bagi pihak isterinya, Cik Michelle Obama, juga.

No comments:
Post a Comment