Friday 4 October 2013

Kata sepakat gagal dicapai

Demokrat dan Republikan saling salahkan satu sama lain
WASHINGTON: Rundingan antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dengan anggota kanan parti Republikan gagal mencapai kata sepakat dengan pemberhentian sebahagian khidmat pemerintah federal memasuki hari ketiga semalam.
Parti Demokrat pimpinan Encik Obama dan parti Republikan saling menuding jari dan menyalahkan satu sama lain ekoran kebuntuan itu.
Anggota Kongres Republikan dan Rumah Putih berada dalam kebuntuan berhubung pembiayaan pemerintah, yang memaksa penutupan pertama pemerintah dalam tempoh 17 tahun.
Perkembangan itu telah mencetuskan kebimbangan bahawa pertelagahan tersebut mungkin berlarutan sehingga pertengahan bulan ini apabila had pinjaman pemerintah federal bernilai AS$16.7 trilion ($20.8 trilion) harus dinaikkan.
Jika Kongres gagal menaikkan had pinjaman itu menjelang 17 October ini, Amerika akan menuju ke arah kegagalan membayar hutang, kemungkinan mencetuskan gelombang kejutan pasaran kewangan di seluruh dunia.
"Pihak Dewan harus bertindak hari ini untuk membuka semula pemerintah dan menamatkan pemberhentian perkhidmatan, yang telah menjejas teruk ekonomi dan keluarga di serata negara. Presiden tetap berharap setiap pihak akan berfikiran waras," kata Rumah Putih di akhir rundingan terbaru semalam.
Pemberhentian sebahagian khidmat telah memaksa penutupan monumen-monumen negara dan memaksa 800,000 kakitangan - hampir sepertiga keseluruhan tenaga kerja federal - mengambil cuti.
Ketika ditemui wartawan, Speaker Dewan Perwakilan, Encik John Boehner, mengadu bahawa Encik Obama telah menegaskan yang "beliau tidak akan berunding".
Encik Boehner berkata tindakan menyemak pelan jagaan kesihatan yang telah diluluskan Kongres tiga tahun lalu merupakan antara perkara yang dituntut sebelum parti Republikan bersetuju mahu memulihkan semula perkhidmatan federal.
Ketua Majoriti Dewan Senat, Encik Harry Reid, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan parti Republikan membatalkan undang-undang pelan jagaan kesihatan yang diberi gelaran Obamacare itu.
Dalam satu wawancara dengan CNBC, Encik Obama berkata beliau tidak akan mengadakan rundingan berkaitan isu belanjawan sehingga anggota Republikan meluluskan undang-undang untuk membuka semula perkhidmatan pemerintah dan menaikkan had pinjaman bernilai AS$16.7 juta trilion itu.
Encik Obama turut memberi amaran kepada para pelabur bahawa mereka harus berasa bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
"Apabila anda berdepan dengan keadaan di mana satu pihak bersedia untuk membiarkan pemerintah Amerika gagal melaksanakan tanggungjawabnya, kita sedang menghadapi masalah," kata Encik Obama. SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

My Blog List