Semalam aku cuti!! Kecoh aku cuti pun nak beritahu...
Semalam cuti sebab ada beberapa perkara nak uruskan. Pertama bini aku yang terseliuh tangan dah dua minggu tak baik-baik. Kedua ada urusan dengan pihak bank.
Bercerita urusan dengan pihak bank semalam. Aku ada terlihat satu awek
cina tu pakai skirt pendek. Memang cukup pendek, dalam ukuran setengah
panjang paha dia ajer.
Memang ramai pompuan pakai skirt tapi amoi ni skirt dia memang cukup pendek!!
Sementara tu bini aku tengah berurusan dengan kerani satu lagi kat kaunter tu. Aku memerhatikan amoi tu ajer..hehehehehe
Memang cantik ler amoi tu. Kaki kurus, betis kurus, orangnya tinggi
kurus. Memang cantik dan terlekat di pakai skirt pendek tu ler.
Yang bestnya masa dia duduk. Dah dasar mata lelaki, aku
curi-curi pandang. Bayangkan dah pakai skirt setengah paha dan kalau
kau duduk lagi makin singkat skirt tu. Aku pandang dalam jangkaan lima
saat sahaja sebab tak sanggup nak pandang...hahahahhaa.
Selepas berurusan, masa nak balik aku beritahu bini aku. Amoi cina tu
seksi sangat sampai aku terpaksa tengok. Macam biasa bini aku membebel
kata tak baik buat macam tu ..dosa..bla..bla...
Aku diam ajer, janji aku dah beritahu...hehehehe. Betapa jujurnya aku ini...
Kalau tak beritahu pun, bini aku memang tahu pun....
Sebab masa mata aku menjeling kat amoi tu , aku perasan mata bini aku menjeling sama kat aku...hemmm.
Untuk nasihat pada lelaki yang akan berkahwin, kalau kau buat salah.
Baik kau ngaku cepat-cepat sebelum bini kau tanya. Sebab kalau kau
beritahu dahulu sebelum bini kau tanya. Kadar peratusan bini kau
membebel akan menjadi kurang 80% berbanding kalau bini kau tegur
dulu...hahahahahaha.
Semasa balik, aku cerita kat bini aku. Betapa terseksa perempuan yang pakai skirt pendek ini yek.
Nak buat kerja susah, bayangkan kau nak ambil fail kat bawah meja,
Terpaksa kau menonggeng dengan payah.Kalau tak ternaik semua skirt
pendek kau tu.
Belum lagi masa nak duduk, terpaksa betul-betulkan kasi panjang skirt kau yang pendek tu.
Kalau kau makan kat kedai, sudah tentu kau jadi perhatian semua lelaki kat kedai tu..!!
Pada pandangan aku lak, kalau kau kerja opis pakailah pakaian yang sesuai kerja dipejabat. Buat apa nak pakai seksi-seksi.
Satu lagi kalau pakai seksi sangat, lelaki pun tak hormat kau. Sebab kau
tak malu dengan diri kau dengan menjaja paha kau tu so buat apa nak
respek lak.
Lagi satu kalau kau pakai macam tu, automatik pandangan pertama.
Persepsi orang kata kau ini tak berilmu. Orang yang educated tak pakai
skirt pendek-pendek ini masa bekerja..
Aku melihat amoi tu bukan kerana seksual tapi pelik kerana boleh bekerja
dengan memakai pakaian yang tak sesuai. Buat isteri aku, minta maaf
yek kalau mata abang ni jahat. Abang tak jahat cuma sikap abang suka
menganalisa sesuatu dengan teliti...kikikiki
SHARE UNTUK SAHAM AKHIRAT ANDA
-
Setiap kali kita berinfaq atau kita bersedeqah, sebenarnya kita sedang
melakukan segala kebaikan dan infaq itu kepada diri kita sendiri, di
akhirat nanti ...
6 years ago
No comments:
Post a Comment