Monday, 3 June 2013

KUIL MAKHLUK ASING DI TEMUI DI INDIA

1. India Barat. Pada bulan April 1819, semasa memburu harimau berdekatan sebuah kampung di Ajanta seorang pegawai British, John Smith telah menemui 29 buah kuil yang bercantum diukir di lereng gunung yang berbatu menghadap ke sungai  Goa. Bangunan ini dipercayai dibina pada tahun 200tahun sebelum Masehi. Gua-gua ini dibina dengan seni ukiran memberikan gambaran baru tentang rahsia awal masa lampau  India. Gua ini dipercayai dibina pada masa waktu agama Budha berkembang sehingga abad ke 7, bila agama Budha semakin ditinggalkan di seluruh India dan semua gua-gua ini ditinggalkan.Lama-kelamaan ia ditumbuhi  oleh belukar dan hutan. Gua ini dianggap suci dan dilawati oleh penganut Buddha sehingga kini. Ia dibina oleh sami-sami dengan ukiran-ukiran Gautama Buddha  yang lengkap beserta lukisan-lukisannya.  
Sehingga kini binaan ini masih menjadi tanda-tanya kepada jurutera moden tentang bagaimana ia diukir pada batuan gunung pada ketinggian  700kaki dari batu granit 2000 tahun lalu. Teknologi yang tinggi diperlukan untuk mengukir dan  memahat batuan dari dalam gunung ini sendiri. Batuan gunung di kuil ini mempunyai  bentuk ladam kuda mengadap matahari terbit. Mereka percaya teknologi ini ada kaitan dengan bantuan teknologi dari makhluk asing berdasarkan kepada ukiran patung dan dupa yang terdapat di dalamnya. Adakah Gautama Budha mempunyai kaitan dengan makhluk asing? Atau ia  merupkan persembahan kepada apa yang mereka anggap sebagai dewa angkasa? Atau apakah sami-sami yang membinanya mendapat pertolongan dari makhluk asing ini berdasarkan kepada ukiran dan lukisan makhluk-makhluk separuh binatang yang mungkin hasil kejuruteraan makluk asing? Banyak andaian yang elah dibuat.
Fakta atau Auta : Pada pendapat saya semua ini adalah hasil bantuan dan teknologi jelmaan jin, iblis dan syaitan yang menghasut manusia untuk mensyirikkan Allah dengan pembinaan kuil ini. Ianya tidak mustahil kerana jin pernah dikerah  membina istana Nabi Sulaiman, berupaya untuk memindahkan istana Puteri Balkis dan menyelam di lautan mencari batu permata. Hanya jin, iblis dan syaitan yang boleh menyerupai makhluk-makhluk yang hodoh seperti terdapat di lukisan-lukisan dan ukiran di gua ini. 
Wallahuallam..Hanya Allah yang Maha Mengetahui!
2. Naskah Kuno Tentang Piring Terbang Di India
 



Dalam naskah India kuno yang berumur 5000 tahun, terdapat sebuah deskripsi yang menakjubkan tentang mesin terbang, pada waktu itu mereka mengenal benda bernama Rukma Vimana yang dideskripsikan terbuat dari logam, berapa ukurannya dan bagaimana cara kerjanya. Bahkan dalam naskah tersebut diceritakan bagaimana peperangan dengan mesin-mesin terbang yang menghancurkan seluruh kota.

7000 B.C. - Plat Lolladoff, yang ditemui di Nepal, menunjukkan objek berbentuk matahari di pusat dan makhluk kecil menyerupai makhluk asing berwarna kelabu di bawahnya. Corak bulat mengingatkan pergerakan peningkatan  kesedaran

Lukisan seperti makhluk asing yang ditemui di dinding gua kebanyakan tempat di dunia

Ini lukisan gua adalah sekitar 10,000 SM dan dari Val Camonica, Itali.
Menggambarkan dua makhluk dalam perlindungan yang memegang alat aneh.
Lukisan gua Puak Asli di Amerka Syarikat
Di salah satu gua di italia, terdapat lukisan purba yang berusia ribuan tahun tentang dua orang yang menggunakan helm astronot , di Amerika disebuah bukit Sego Canyon di Utah, terdapat lukisan-lukisan aneh di dindingnya yang berupa makhluk-makhluk yang memiliki antenna dikepala dan memakai helmet, sama seperti yang ditemukan di Australia. Jika lukisan-lukisan dinding ini adalah karangan para manusia purba, darimana mereka dapatkan inspirasi atau idea untuk  bentuk-bentuk seperti itu ?


Sego Canyon di Utah Amerika dianggarkan berusia 5,000tahun  sebelum Masehi
Lukisan-lukisan di gua Wandjina di Kimberly, Australia
Perutusan Yehezkiel dalam Perjanjian Lama, yang ditafsirkan sebagai penerangan yang terperinci tentang kapal angkasa mendarat dengan malaikat seperti manusia. 
Jika makhluk asing melawat Bumi pada masa lalu,  adakah mereka  membuat penampilan seperti zaman sekarang? Bagi teori purba asing mereka percaya bahawa, dengan berkongsi pandangan mereka dengan dunia, mereka boleh membantu menyediakan generasi masa depan dengan pertemuan yang tidak dapat dielakkan yang menanti mereka.



Para ahli sains telah menyimpulkan bahwa Garis-garis Nazca di Peru dibuat untuk sesuatu diatas sana, kerana tidak  mungkin melihat simbol-simbol tersebut dari bumi. Namun  spekulasi yang paling baru adalah,  sebuah landasan untuk pesawat terbang, kerana mempunyai panjang berjuta batu dan percaya atau tidak ia sangat lurus. 
Garis menyerupai jalan ini susah untuk dibuat dengan peralatan seadanya, bagaimana ia  mampu membuat jalan itu berada diatas bukit dengan permukaan yang sangat rata. Sangat berbeza bila dibandingkan dengan bukit-bukit yang ada disekitarnya (mempunyai puncak kerucut).
Hasil seni zaman kuno mungkin ada kaitan dengan makhluk asing
 
Arca Dogu

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

My Blog List