Friday, 26 July 2013

Kelahiran diraja disambut meriah



UMUMKAN KELAHIRAN BAYI DIRAJA: Orang ramai berpusu-pusu untuk mengambil gambar notis yang diletakkan di kuda-kuda keemasan bagi mengumumkan kelahiran putera kepada Putera William dan Duchess of Cambridge, Cik Catherine, di laman Istana Buckingham, London kelmarin.

Anak bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain
LONDON: Isteri Putera William, Cik Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate, telah melahirkan seorang putera pada 4.24 petang (11.24 malam waktu Singapura) kelmarin.
Kelahiran bayi pasangan diraja itu memulakan sambutan di London dan ucapan tahniah dari seluruh dunia.
"Kami tidak dapat rasa lebih bahagia," kata Putera William dalam kenyataan ringkas setelah menyaksikan kelahiran puteranya.
Pasangan diraja Britain itu tiba di hospital sejurus sebelum 6 pagi kelmarin dan memasuki bangunan hospital melalui pintu belakang bagi mengelakkan media Britain dan antarabangsa yang telah berkhemah di luar pintu utama hospital selama beberapa hari.
Pejabat Putera William menyatakan Kate dan bayi mereka, yang lahir dengan berat 8 paun dan 6 auns (3.8 kilogram), dalam keadaan baik dan akan tinggal di hospital semalaman.
Putera William telah menghubungi nendanya, Ratu Elizabeth II; ayahnya, Putera Charles; dan adiknya, Putera Harry. Mereka semua dilaporkan gembira dengan kelahiran itu.
Bayi yang bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain itu - selepas nendanya, Putera Charles dan ayahnya, Putera William - akan diberikan nama secara rasmi kemudian.
Pengumuman nama Putera William sendiri mengambil masa lebih seminggu, tetapi penerima taruhan telah meletakkan nama George sebagai pilihan utama, disusuli James untuk nama anak Putera William itu.
Pengumuman kelahiran cicit ketiga Ratu Elizabeth II itu disambut dengan sorakan daripada orang ramai dan pihak media yang berkumpul di luar Hospital St. Mary's di barat London, tempat bayi itu dilahirkan dan ayahnya Putera William dilahirkan pada tahun 1982 oleh mendiang Puteri Diana.
"Ia merupakan saat yang sangat istimewa bagi William dan Catherine dan kami sangat gembira atas kelahiran bayi lelaki mereka," kata Putera Charles, pewaris takhta kerajaan Britain.
Selang beberapa minit pengumuman rasmi tentang kelahiran bayi diraja itu dibuat, ucapan tahniah mula membanjiri pasangan yang juga dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge itu.
"Seluruh negara akan meraikannya. Mereka akan menjadi ibu bapa yang baik," kata Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron.
Lebih banyak sambutan dijangka diadakan hari ini, termasuk tembak hormat oleh pasukan meriam diraja.
Orang ramai berkumpul di luar Istana Buckingham, di mana notis rasmi tentang kelahiran itu diletakkan di kuda-kuda keemasan di pintu utama istana.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, merupakan antara pemimpin dunia pertama meraikan kelahiran itu.
"Michelle dan saya gembira menyampaikan ucapan tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge di atas kelahiran bayi pertama mereka.
"Kami mengucapkan segala kebahagian dan rahmat yang dibawa sedang mereka menjadi ibu bapa," katanya bagi pihak isterinya, Cik Michelle Obama, juga.

Thursday, 18 July 2013

Bila bayi diraja lahir jadi taruhan

LONDON: Penantian bagi kelahiran bayi Putera William dan isterinya, Cik Catherine, menjadi perniagaan besar kepada para petaruh.
Para petaruh di seluruh dunia membuat taruhan seorang bayi perempuan dengan nama 'Alexandra' akan dilahirkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Dan, dengan pemain bola sepak David Beckham secara berseloroh berkata bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu seharusnya diberi nama beliau, keinginan ramai bertaruh bagi setiap butir mengenai kelahiran yang dinanti-nantikan itu akan bertambah setiap hari selagi bayi tersebut belum dilahirkan.
Para 'bookie' berkata taruhan bagi nama, jantina dan tarikh kelahiran bayi sulung Duke dan Duchess Cambridge itu mencatatkan rekod - bernilai lebih £1 juta ($1.9 juta) sejauh ini.
"Ia adalah pasaran novelti terbesar yang pernah kami lihat," kata Encik Gary Burton dari firma pertaruhan Britain, Coral, kepada agensi berita AFP, awal semalam.
Coral sendiri menerima taruhan bagi bayi diraja itu, yang bernilai melebihi £500,000, tambahnya.
Firma penerima taruhan, William Hill, berkata ia telah menerima taruhan £100,000 daripada petaruh dari 100 negara.
Taruhan itu termasuk taruhan besar £1,000 daripada seorang petaruh Austria minggu lalu, yang bertaruh bahawa pasangan diraja itu akan mendapat bayi lelaki.
Bagaimanapun, ramai yang meramalkan bahawa pasangan tersebut akan mendapat bayi perempuan

Monday, 15 July 2013

Kisah Lucu di Singapore: Izin Kentut


Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

Sunday, 14 July 2013

Kebijaksanaan NABI SULAIMAN Menawan BALQIS

Nabi Sulaiman (a.s.) adalah salah seorang hamba Allah SWT yang terpilih di antara hamba-hamba Nya yang lain. Baginda beri kelebihan hikmah dan ilmu dengan dikurniakan mukjizat yang besar dari Allah SWT.

Antara mukjizat yang tersebut ialah boleh memahami dan berinteraksi dengan jin dan haiwan. Allah SWT juga telah menundukkan angin kencang untuk membawa Nabi Sulaiman (a.s.) ke sesuatu tempat yang diberkati Nya, menundukkan segolongan syaitan dan segolongan jin supaya berkhidmat kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Semuanya berlaku dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT.

Pada suatu masa dahulu, Nabi Sulaiman (a.s.) dengan kekuasaan Tuhan telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri dari golongan jin, manusia dan burung-burung. Maka berhimpun lah mereka mengikut tertib dalam barisan masing-masing.

Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa Burung Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda berkata bahawa Hud-hud akan dikenakan hukuman atau disembelih sekiranya ketidakhadirannya tanpa alasan yang jelas.


Tidak lama kemudian Hud-hud pun datang dengan membawa suatu berita penting dari negeri Saba yang didakwa Hud-hud, baginda sendiri pun belum mendengarnya. Hud-hud pun bercerita lah mengenai Puteri Balqis, pemerintah negeri Saba yang dianugerahi segala apa yang dihajati serta mempunyai singahsana yang besar.

Hud-hud juga melaporkan bahawa puteri tersebut dan rakyat di bawah naungannya menyekutukan Allah SWT lalu menyembah matahari kerana mereka telah disesatkan oleh syaitan.

Baginda seraya bertitah kepada Hud-hud, “Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”

Maka Hud-hud pun melakukan sebagaimana yang dititahkan oleh Nabi Sulaiman (a.s.) dengan membawa sepucuk surat lalu dijatuhkan kepada Puteri Balqis. Kemudiannya Hud-hud berpaling dan mencuri dengar perbualan puteri dengan para pembesarnya.

Lalu Puteri Balqis berkata, “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri ‘.”

Puteri Balqis kemudiannya meminta nasihat dari para pembesar negeri dalam membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang sepatutnya diambil. Namun para pembesarnya menyerahkan pertimbangan tersebut di tangan puteri sendiri dengan berkata, “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”.

akuislam.com

Puteri seraya berkata kepada para pembesar, “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.”

Hud-hud pun pulang melaporkan kepada Nabi Sulaiman (a.s.) tentang apa yang telah didengarinya. Utusan dari Puteri Balqis pun tiba kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Baginda kemudiannya membalas utusan dengan mesej berbunyi: “Apakah kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina”.

Setelah utusan tersebut berangkat ke negeri Saba, Nabi Sulaiman (a.s.) berbincang dengan para pembesar baginda mengenai niatnya untuk membuatkan kerajaan negeri Saba menyerah diri dan seterusnya menerima Islam. Baginda telah mempunyai rancangan yang bijaksana bagaimana hendak membuatkan Puteri Balqis mengaku kalah dengan bukti kebesaran Allah SWT.

“Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”, tanya baginda.

Pertanyaan tersebut telah disahut oleh sejenis jin yang cerdik bernama Ifrit yang menjawab, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai”.

Jin Ifrit menganggap dirinya benar-benar kuat untuk membawa singgahsana Puteri Balqis dalam kadar yang pantas iaitu sebelum pun nabi Sulaiman (a.s.) berdiri dari keadaan duduknya.

Tiba-tiba seorang hamba Allah dari kalangan manusia yang dikurnia ilmu Allah SWT dari al-Kitab pula menyahut, “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Sebelum sempat mata Nabi Sulaiman (a.s.) berkedip, maka tersergamlah singgahsana Puteri Balqis di hadapan baginda.

Seraya baginda berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?

Ratu Balqis menjawab: Mungkin!

Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”

ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.


Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:

“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:
 “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.” (Al-Qamar: 54-55).

Saturday, 13 July 2013

Nora, Fasha hapus sengketa lama


 

SIAPA sangka hubungan keruh antara aktres Nora Danish dengan Fasha Sandha selama ini kembali jernih selepas Nora melawat anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal Ashram ketika pelakon tersebut sedang dalam pantang.
Atas sebab itu juga, Nora dan Fasha tiada masalah untuk sama-sama menghadirkan diri memberi sokongan ke majlis pelancaran koleksi baju pengantin milik adik kembar Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang berlangsung di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.  Artikel penuh

Friday, 12 July 2013

Onani di Siang Bulan Ramadhan

Petikan dari kawan-kawan;

Onani adalah perbuatan yang diharamkan berdasarkan firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela, barangsiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukminun : 5-7)
Maka setiap orang yang tidak memelihara kemaluannya selain kepada isteri-isterinya dan hamba sahayanya, dia termasuk orang-orang yang melampaui batas dan yang tercela. Melakukan perbuatan yang diharamkan ini disertai dengan keluarnya mani adalah membatalkan puasa berdasarkan pendapat kebanyakan mazhab seperti al-Malikiyyah, al-Syafieyah, al-Hanabilah dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi. Orang yang melakukan perbuatan ini wajib bertaubat kepada Allah swt, kerana dia telah melakukan perkara yang diharamkan iaitulah onani.
Pengharaman ini bertambah jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan, kerana ia mencemari kemurnian bulan Ramadhan yang mulia, (orang yang melakukannya) wajib menggantikan hari-hari (puasa) yang dia lakukan perbuatan keji tersebut.
(Orang yang melakukan perbuatan onani di siang Ramadhan ini) apakah wajib dia membayar kaffarah beserta dengan qadha (ganti puasa) atau qadha sahaja ? Persoalan ini para ulama berbeza pendapat, dan pendapat yang kami (Dr. Abdullah al-Faqih) pilih ialah pendapat kebanyakan ulama dari ulama dari mazhab Syafie, Hanafi dan ianya juga pendapat ulama Hambali yang menyatakan tidak perlu kaffarah, kerana kaffarah tidak ada melainkan jika melakukan jima’ (bersetubuh di siang ramadhan), maka tidak boleh melakukan qiyas onani dengan jima’ disebabkan wujud perbezaan antara keduanya, maka hukum keasalannya dikekalkan iaitulah tidak perlu kaffarah.
Siapa yang tidak pasti bilangan hari yang batal puasanya disebabkan onani, maka dia mesti mengambil sangkaan beratnya (tentang bilangan hari tersebut), demikian juga solat, selepas dia mandi (junub) dia membilang bilangan harinya, dan gantikan bilangan hari tersebut sehingga sangkaan beratnya merasakan dia telah menggantikan kesemuanya, dengan itu tanggungannya telah terlepas, dan hendakla dia memperbanyakkan memohon ampun dari perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
wallahu a’lam

Tuesday, 2 July 2013

Kisah seram si pemancing



 
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Soal jawab: Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri





Teruskan bacaan di sini

http://ping.busuk.org/v/3364/4-langkah-beri-kepuasan-luar-biasa-kepada-isteri.html


Juga tambah ilmu di sini
 
http://cikyanzone.blogspot.com/
http://suffianzone.blogspot.com/
http://duniamayaabby.blogspot.com/
http://peliksaja.blogspot.com/
http://awathangni.blogspot.com/
http://abahkamu.blogspot.com/
http://opahkamu.blogspot.com/
http://alahaikau.blogspot.com/
http://apekohe.blogspot.com/
http://apacerpa.blogspot.com/
http://opocotko.blogspot.com/
http://politikhariini.blogspot.com/
http://alamakhg.blogspot.com/
http://omakaureferral.blogspot.com/
http://lagumanatu.blogspot.com/
http://hantamjela.blogspot.com/
http://manamautu.blogspot.com/
http://manapunboleh.blogspot.com/
http://ambikhang.blogspot.com/
http://petuamoden.blogspot.com/

Busuk.com

My Blog List